Thursday, September 13, 2007

Fadhilat Ramadhan. Renungkanlah....

Today is the first day of Ramadhan.The time moves so fast that the last Ramadhan was just like last month.hm..do you guys goes to Terawih prayer? sebenarnya banyak fadhilat2nya melakukan sembahyang Terawih even its sunat.here is the fadhilat2 and kelebihan sembahyang terawih.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.

Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka  orang yang beriman).

Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah  mengampunkan dosa engkau.

Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur  dan Al-Quran.

Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil  Aqsa.

Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi  Ibrahim a.s.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih  hidup atau mati).

Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di  padang Mahsyar)

Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok  sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal
Mustaqim  seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,  lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga  dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.

* selain daripada fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat pelbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat terawih atau Qiam Ramadhan ini sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W.

PERKARA-PERKARA SUNAT DI BULAN RAMADHAN
1. Menyegerakan berbuka puasa
2. Berdoa ketika berbuka puasa
3. Bersahur dan melewatkan waktunya
4. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan
5. Meninggalkan perkara keji dan mungkar
6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu
7. Menghidupkan malam Ramadhan dan mendirikan solat Terawikh
8. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT
9. Meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
10. Iktikaf di masjid

yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri... Salam...

0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment

Comment Please